| |
Sejarah
ATM |
 |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Sejarah
moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang
pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen
Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus
berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali
sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu
pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan
pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang
Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion
ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan
menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara
dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan
Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan
ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang
tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah
ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat
juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan
pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan
dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun
1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju
dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan
insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat
sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan
tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi
cabaran masa depan.
|
| |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Tentera
Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan
Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada
27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan
pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau
Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela
Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia
Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan
dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430
anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura
pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera
Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan
Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke
Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan
kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut
Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947.
Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera
Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan
pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan
gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II
pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang
selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy
telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan
Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan
ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan
panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya.
Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia
dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.
|
| |
|
|
|
| |
 |
|
| |
Titik
mula TUDM ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela
Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh
British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama
kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada
tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang
Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah
dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF
Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan
pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama
mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera
Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya
pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM
boleh dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan
TUDM.
|
| |
|
|
|
|
|