.Sejarah | Organisasi | Markas ATM
  Markas ATM
 
   
  Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan Jeneral dan setaraf. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:

  • SEKRETARIAT (J1)
  • PERKHIDMATAN ANGGOTA (J2)
  • BAHAGIAN OPERASI DAN LATIHAN PERTAHANAN (J3)
  • BAHAGIAN LOGISTIK PERTAHANAN (J4)
  • BAHAGIAN PERANCANGAN PERTAHANAN (J5)
  • BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK PERTAHANAN (J6)
  • BAHAGIAN HAL EHWAL AWAM (J7)

  • BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN ANGKATAN TENTERA (J8)
  • BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN (J9)
  •  

     
    Sekretariat (J1)
     
       
      Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.
     
      Bahagian Operasi & Latihan (J2)
     
       
      Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan dan Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengkoordinasi dan mengawasi latihan-latihan yang dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain atau dengan angkatan tentera luar negeri. Setakat ini beberapa latihan dan eksesais dua hala dan berbilang hala telah berjaya dilaksanakan. Antara negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan negara-negara ASEAN.




     
      Bahagian Logistik (J4)
     
       
     

    Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang,pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf (AKS) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf.
    Bahagian ini mempunyai tujuh Cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut:

    Cawangan Dasar Logistik >> Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisien merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material, kejuruteraan,bekalan, stor ordnans, peralatan pengswastaan dan perumahan ATM.

    Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik >> Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit 3 khidmat di bawahnya.

    CawanganPerancangan Dan Operasi Bersama >> Cawangan ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan pembangunan logistik di dalam ATM. diperingkat nasional dan antara bangsa serta Bantuan Logistik kepada Operasi dan Eksesais AT di dalam konteks bersama.

    Cawangan Perumahan Dan Pembinaan >> Cawangan ini berfungsi sebagai stafdan agensi perlaksanaan bagi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan.Peranannya adalah untuk menyediakan keperluan perumahan dan pembangunan teknikal, dan juga fasilitas AT. Ia juga menguruskan penyelenggaraan kem-kem dan fasilitas AT.

    Projek Simpanan Petroleum >> Tim Projek bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima di dalam semua perkara ketenteraan dan keperluan bantuan operasi (Petroleum) dan Jawatankuasa Pemandu Petroleum ATM di dalam semua Sistem Bantuan Petroleum sehingga ke tahap akhir operasi depot.

    Cawangan Penguasa Katalog ATM >> Peranan utama cawangan ini adalah untuk menyelaras, mengawal dan menyatukan serta mengembangkan 'NATO CodificationSystem' di dalam pengurusan inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain apabila berupaya berbuat demikian.

    Cawangan Sistem Komputer Logistik >> Cawangan Sistem Komputer Logistik (CSKL) berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran dibidang logistik untuk ketiga-tiga Perkhidmatan.

     
      Bahagian Perancangan Pertahanan (J4)
     

     
      Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

    PERANAN

    Bahagian ini berperanan untuk memberi kemudahan komunikasi termasuk penghantaran persuratan/utusan ATM secara efektif dan efisien di samping menyelaraskan hal-hal elektronik, komputer, pengurusan maklumat ATM, peperangan elektronik dan informasi. BIDANG TUGAS KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :

    BIDANG TUGAS

    KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :

    Menyelaras semua aspek sistem komunikasi dan elektronik bantuan pemerintahan dan kawalan dalam melaksanakan operasi latihan.

    Menggubal dan mengemaskini dasar, doktrin dan prosedur komunikasi dan elektronik peperangan dan latihan bersama serta gabungan.

    Merancang dan menyelaraskan pembangunan aset serta prosedur peperangan elektronik dan informasi ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan data dan penyeragaman sistem dan prosedur KESKOM serta kriptografi.

    Menentukan penyeragaman semua aspek elektronik dan teknologi alat-alat komunikasi dan elektronik termasuk alat-alat radar dan pengesan menerusi piawaian untuk mewujudkan 'inter-operability'.

    Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk sistem P4 dan telefon.

    Mengkoordinasi dan membangunkan sistem maklumat pengurusan ATM.

    Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berhubungkait dengan hal-hal komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM.

    Menyelaraskan pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga Perhubungan Pertahanan (Defence Signal Board).

    Bekerjasama dengan negara-negara sahabat keatas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok Kerja dan Jawatankuasa Kecil.

    Wakil ATM dalam 'Frequency Assignment Committee Singapore, Malaysia and Brunei' (FACSMAB).

    Wakil ATM dalam 'Telecommunication Coordinating Committee' (TTC).

    Menyelaraskan semua pembangunan dan pengurusan Sistem Komputer ATM, termasuk sebagai ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat KEMENTAH.

     
      Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
     
     

     
     

    Bertanggungjawab dalam tugas-tugas hal ehwal perhubungan awam.

    Perkhidmatan Perhubungan mempunyai peranan tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

    • Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :
    • Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
    • Organisasi Medan.
    • Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
    • Organisasi Pergigian.
    • Organisasi Kesihatan.
    • Organisasi Latihan.
      Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
     


     
     

    Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8) berperanan sebagai penyelaras kepada ketiga-tiga Bahagian /Cawangan dan Jabatanarah Pasukan Simpanan ATM dalam aspek pembangunan Angkatan Sukarela dan Simpanan AngkatanTetap.

    Bahagian ini bertanggungjawab:

    Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.

    • Bertindak sebagai ‘Liason’ dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
    • Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
    • Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
    • Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
    • Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.
       
     
      Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)
     

     
     

    Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

    Perkhidmatan Kesihatan mempunyai peranan tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

    • Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :
    • Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
    • Organisasi Medan.
    • Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
    • Organisasi Pergigian.
    • Organisasi Kesihatan.
    • Organisasi Latihan.
     

    OBJEKTIF
    • Memelihara kekuatan tempur Angkatan Tentera Malaysia.

    PERANAN

    Peranan Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah:

    • Promosi dan Pengekalan Kesihatan.
    • Mencegah kejadian penyakit.
    • Menjaga, Merawat dan Rehabilitasi yang cedera dan sakit.
    • Memberi latihan.

    Carta organisasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan adalah seperti berikut:


    WAWASAN

    Wawasan Kor dan Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah:

    Bahawasanya Kor dan Perkhidmatan Kesihatan ATM adalah komited untuk
    memandang sekitaran penjagaan kesihatan berkualiti dan cemerlang dimana:

    • Semua yang diamanahkan penjagaan kepada kita dengan bangga memandang Perubatan Tentera sebagai sumber pilihan penjagaan
      kesihatan mereka.
    • Ahli profesional penjagaan kesihatan memandang Perubatan Tentera sebagai wadah yang lebih baik untuk mencapai perkembangan dan
      kepuasan iktisas mereka.
    • Organisasi penjagaan kesihatan memandang Perkhidmatan Kesihatan ATM sebagai contoh kecemerlangan.
    • Pemerintah formasi dan medan memandang Perkhidmatan Kesihatan ATM sebagai berkebolehan memberi penjagaan kesihatan yang optimum, cepat dan menyeluruh kepada tentera mereka dalam
      masa aman dan perang.
    • Warga Kor dan Perkhidmatan Kesihatan kita sendiri memandang diri kita sebagai warga berharga kumpulan penjaga kesihatan terbaik negara.

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI PERUBATAN/PERGIGIAN UNTUK MEMASUKI PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA

    Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia.
    • Umur - Berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun pada waktu permohonan dibuat.
    • Taraf Kesihatan - Mestilah cukup sihat untuk menjalani perkhidmatan tentera.
  • Lulus dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE/OSC.
    • Mestilah lulus tapisan keselamatan. Memiliki ijazah dalam Ilmu Perubatan/Pergigian daripada universiti tempatan atau kelayakan perubatan/pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia/Majlis Pergigian Malaysia.

      GAJI DAN ELAUN Gaji dibayar mengikut kelulusan dan kelayakan serta pangkat yang disandang.
    • Kemudahan elaun adalah seperti berikut:
      • Kepakaran yang diiktiraf (sekiranya ada).
      • Tentera.
      • Elaun Pakaian.
      • Elaun jika tiada peruntukan perumahan.
      • Elaun Khidmat.
      • Lain-lain elaun yang layak.

        PELBAGAI

      • Kursus kepakaran.
        Kursus kepakaran akan dipertimbangkan sekiranya mempunyai syarat-syarat yang dikenakan.
      • Had Tamat Perkhidmatan.
        Mengikut tarikh tamat perkhidmatan (TTP).
      • Pencen, gaji dan lain-lain faedah.
        Dibayar kepada pegawai yang dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
      • Tatatertib.
        Adalah tertakluk kepada peraturan tatatertib dan undang-undang Angkatan
        Tentera.

       
     
    .Sejarah | Organisasi | Markas ATM