| |
 |
SERI
PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa
(S.P) ini ialah yang tertinggi sekali dan paling
kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan.
Di anugerahkan kepada sesiapa yang menunjukkan
keberanian yang paling luar biasa. |
|
 |
PANGLIMA
GAGAH BERANI (PGB)
Anugerah ini diberikan
kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan
Bersenjata dan telah menunjukkan kegagahan serta
keberanian yang luar biasa. |
| |
|
|
|
|
|
| |
 |
PANGLIMA
GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT)
Darjah Kepahlawanan Angkatan
Tentera Pangkat Pertama ini dikurniakan kepada
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Panglima-Panglima
Tentera Darat, Laut dan Udara. Pengurniaan kehormat
juga boleh diberi kepada Panglima-Panglima Negara
Asing yang setaraf. |
|
 |
KESATRIA
ANGKATAN TENTERA (KAT)
Pangkat Keempat dalam
senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan
Tentera ini dianugerahkan kepada pegawai-pegawai
Angkatan Tentera berpangkat Leftenan Kolonel
atau setaraf dan ke bawah serta pegawai-pegawai
tentera asing yang setaraf secara kehormat. |
| |
|
|
|
|
|
| |
 |
PANGLIMA
SETIA ANGKATAN TENTERA (PSAT)
Anugerah Darjah Kepahlawanan
Angkatan Tentera Pangkat Kedua ini dikurniakan
kepada Pegawai-pegawai Angkatan Tentera yang
berpangkat Mejar Jeneral dan setaraf ke atas
serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf
secara kehormat.
|
|
 |
BENTARA
ANGKATAN TENTERA (BAT)
Pangkat kelima dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan
Angkatan Tentera ini dianugerahkan kepada anggota
lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia.
Anugerah ini boleh juga dikurniakan kepada anggota
angkatan tentera asing yang setaraf secara kehormat. |
| |
|
|
|
|
|
| |
 |
PAHLAWAN
ANGKATAN TENTERA (PAT)
Anugerah Pahlawan Angkatan Tentera ini adalah
Pangkat Ketiga dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan
Angkatan Tentera. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai
Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigadier
Jeneral atau setaraf, serta pegawai-pegawai
tentera asing yang setaraf secara kehormat. |