Navigation


      SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51 PADA 31 OGOS 2008


:: INFO RINGKAS ::



Anda berada di: MUKA DEPAN

PENGUMUMAN TERKINI

Tawaran kemasukan ke Asrama Putera/Puteri ATM Kem Terendak Melaka untuk anak-anak ATM pengambilan Tahun 2009. Tarikh Tutup: 3 September 2008. Klik di sini untuk syarat-syarat dan borang permohonan.

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2008 Pada 21 dan 22 Ogos 2008 di Auditorium Utama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Semua dijemput hadir.

BERITA

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2008
Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-51 Tahun 2008, Jabatan Arah Pendidikan dengan kerjasama KPKKW dan GAPENA telah mengadakan pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat ATM pada 5 dan 6 ogos 2008 bertempat di Auditorium Kementah. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Shahron bin Ibrahim TUDM, KS Mk ATM. Jabatan Arah Pendidikan selaku penyelaras pertandingan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Jawatankuasa Induk Sayembara. Pada tahun ini buat kali kedua berturut-turut, dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menanam semangat jati diri dan cintakan negara melalui bait-bait puisi yang disampaikan oleh setiap peserta. Pada tahun ini seramai 25 orang peserta telah mengambil bahagian. Namun begitu hanya 7 orang sahaja yang terpilih ke peringkat akhir termasuk 2 orang johan menanti tahun 2007. Pemenang tempat pertama menerima hadiah berupa sijil, piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM1000.00. Tempat kedua menerima sijil, hadiah dan wang tunai sebanyak RM800.00. Bagi tempat ketiga pula, pemenang menerima sijil, hadiah dan wang tunai sebanyak RM600.00. Keputusan pertandingan pada tahun 2008 adalah seperti berikut:

Kategori bumiputera
Johan - Lt Kol Mohd Radzi Bin Abd Hamid
Naib Johan - PW I TLS Azamin Bin Itam
Ketiga - 1 PW I Abdul Rahman Bin Hj Mohd Tahir

Kategori bukan bumiputera
Johan - PW I Alex al Tawithoo
Naib Johan - Mej Enock al Amalanathan

Persembahan pelajar-pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris  sempena Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat ATM Persembahan Kumpulan Kopratasa sempena Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat ATM

Johan Kategori bukan bumiputera PW I Alex al Tawithoo  Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat ATM  Johan Kategori bumiputera Lt Kol Mohd Radzi Bin Abd Hamid Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2008 Peringkat ATM

Pertandingan tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang oleh KS Mk ATM yang turut diiringi oleh AKS PA dan Pengarah Pendidikan ATM. Johan bagi kedua-dua kategori akan mewakili ATM ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Univeristi Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor pada 21 hingga 23 Ogos 2008.

BENGKEL SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI
Bengkel Sayembara Deklamasi Puisi telah diadakan pada 4 Ogos 2008 bertempat di Dewan Perpustakaan KEMENTAH. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk menyampaikan puisi dengan cara yang betul. Seramai 26 orang peserta dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia telah menghadiri bengkel ini.

Encik Borhan Md Zain dari GAPENA telah dijemput sebagai pembimbing pada hari tersebut. Tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada peserta bengkel kali ini dapat memberi semangat dan panduan yang berguna kepada peserta dalam mendeklamasikan Puisi masing-masing menjelang hari pertandingan iaitu pada 5 dan 6 Ogos 2008.


AKTIVITI

Tarikh Aktiviti Tempat
19 - 21 Ogos 08 Sesi Penerangan Bantuan TKAT Siri 3/2008 PU Kuching
25 Ogos 08 Mesyuarat Mingguan Staf Jab Siri 10/2008 (Melibatkan Semua PS Jab) Bilik Bincang Jab
26 Ogos 08 Pemeriksaan Pakar Pendidikan di 881 Skn PUTD 881 Skn PUTD
26 - 29 Ogos 08 Minggu Kesihatan KEMENTAH Auditorium dan Foyer KEMENTAH
31 Ogos 08 HARI KEBANGSAAN -

Lagi