FAQ
| Soalan: Apakah bentuk-bentuk pengajian yang ditawarkan di bawah Skim ini? |
|
Jawapan: Skim ini menawarkan pengajian secara separuh masa dan pengajian sepenuh masa. Pengajian separuh masa terbuka kepada anggota ATM dan isteri/suami mereka yang bekerja manakala pengajian secara sepenuh masa terbuka kepada istyeri/suami yang tidak bekerja. |
| Soalan: Apakah peringkat dan tempat pengajian yang ditawarkan? |
|
Jawapan:Pinjaman Skim ini dikeluarkan bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan di IPTA/IPTS tempatan dan juga luar negara. IPT dan program pengajian yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Unit Pengiktirafan Kelayakan Bahagian Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bagi peperiksaan akademik iaitu SPM dan STPM ianya hendaklah diambil di tempat-tempat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. |
| Soalan: Bagaimana cara untuk mendapat tempat di IPT? |
|
Jawapan:Urusan memohon dan mendapatkan tempat di IPT adalah tanggungjawab pemohon. |
| Soalan: Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon skim ini? |
|
Jawapan: 1. Skim ini terbuka kepada anggota ATM yang masih berkhidmat dan isteri/suami mereka yang telah ditawarkan tempat di IPT dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman dalam tempoh yang dibenarkan, dengan syarat tidak menerima sebarang pinjaman atau biasiswa daripada mana-mana agansi kerajaan atau swasta. 2. Anggota dan isteri/suami mereka yang sedang mengikuti pengajian juga layak memohon tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa TAPAT. Bagi pemohon yang telah mendapat pinjaman daripada SPAAT, mereka masih boleh memohon mendapatkan kemudahan di bawah Skim ini dengan syarat berkemampuan membayar balik keseluruhan jumlah yang dipinjam. Jumlah pinjaman bagi kedua-dua Skim ini dihadkan kepada RM 30,000.00. 3. Pemohon hendaklah mempunyai baki gaji minimum ( bagi askar laskar ) setelah mengambil kira bayaran balik pinjaman Skim ini. Baki gaji minimum mengikut pangkat adalah seperti berikut: a. Pegawai Waran - RM 500.00. |
| Soalan: Bagaimanakah cara-cara memohon skim ini? |
|
Jawapan: 1. Permohonan pinjaman hendaklah dimajukan dengan menggunakan borang permohonan Tabung TAPAT. Setiap permohonan hendaklah menyertakan slip gaji asal, surat tawaran kursus berserta jadual yuran pengajian dan salinan Sijil/Kad Nikah (bagi permohonan membiayai pengajian isteri/suami). 2. Semua permohonan hendaklah dimajukan mengikut saluran melalui unit, Jabatan Arah/Cawangan (bagi Tentera Darat), Markas Perkhidmatan dan akhirnya kepada Jabatan Arah Pendidikan. |
| Soalan: Apakah bentuk dan Kuantum Pinjaman skim ini? |
|
Jawapan: 1. Bentuk Pinjaman yang dikeluarkan berbentuk pinjaman tanpa faedah dan dibayar balik secara ansuran bulanan melalui potongan gaji oleh UGAT. 2. Kuantum pinjaman diberikan seperti berikut: a. Bagi kursus pengajian tinggi, pinjaman yang diberi tertakluk kepada 80% daripada jumlah keseluruhan yuran pengajian atau RM 30,000.00 yang mana lebih rendah dan tidak termasuk kos-kos lain seperti elaun sara hidup, elaun buku, elaun tesis, elaun perjalanan, elaun latihan amali, elaun lebih masa dan sebagainya. b. Bagi peperiksaan akademik, hanya yuran peperiksaan akan dibiayai pada kadar 100%. c. Bagi peminjam yang telah mendapat pinjaman, mereka masih boleh dipertimbangkan untuk pinjaman kedua di mana jumlah pinjaman untuk kedua-dua permohonan secara keseluruhannya tidak boleh melebihi RM 30,000.00. |
| Soalan: Bagaimanakan pembayaran pinjaman dilakukan? |
|
Jawapan: 1. Pengeluaran pinjaman dilaksanakan secara berperingkat (progressive payments) berdasarkan yuran yang dituntut oleh IPT. Dalam konteks ini, peminjam hendaklah mengemukakan invois/bil yuran pengajian daripada IPT kepada Jabatan Arah Pendidikan untuk disemak dan diproses bagi pembayaran. 2. Berdasarkan kuantum pinjaman yang diluluskan, invois/bil tersebut seterusnya akan dimajukan oleh Jabatan Arah Pendidikan kepada Bendahari TKAT untuk urusan pengeluaran cek. Cek berkenaan akan dikeluarkan kepada peminjam atas nama IPT berkenaan. 3. Bagi peperiksaan akademik pula, yuran peperiksaan dibayar terus kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Peminjam perlu memaklumkan kepada Jabatan Arah Pendidikan tarikh bayaran tersebut perlu dijelaskan. |
| Soalan: Bagaimanakah tempoh bayaran balik skim ini? |
|
Jawapan: Tempoh bayaran balik maksimum adalah selama lima tahun (60 bulan). Bayaran balik ini perlu diselesaikan tiga bulan sebelum tamat tempoh perkhidmatan peminjam. Walau bagaimanapun tempoh sebenar akan ditetapkan oleh Jawatankuasa TAPAT. Garis panduan tempoh pembayaran balik maksimum adalah seperti berikut: a. Diploma: (1) Pegawai - 48 bulan. (2) LLP - 60 bulan. b. Ijazah pertama dan ke atas: (1) Pegawai dan LLP - 60 bulan. |
| Soalan: Bagaimanakah cara sekiranya ingin melanjutkan tempoh pengajian? |
|
Jawapan:Bagi peminjam yang terpaksa melanjutkan tempoh pengajian atas sebab-sebab kegagalan akademik, masalah kesihatan, penangguhan pengajian dan sebagainya, tiada sebarang pinjaman tambahan diberi. Segala kos yuran tambahan tersebut adalah atas tanggungan sendiri. |