Navigation


      SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM      SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 PADA 31 OGOS 2010      SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1431H


:: INFO RINGKAS ::



Anda berada di: FAQ

FAQ


Sel Pendidikan Tinggi - Skim Pengajian Tinggi AT

Soalan: Apakah jenis, peringkat dan tempat pengajian yang dibenarkan di bawah Skim ini?

Jawapan:

Anggota yang berkelayakan boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus pengajian tinggi di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Doktor Falsafah). Pengajian boleh dibuat secara sepenuh masa atau separuh masa. Pengertian jenis-jenis pengajian adalah seperti berikut:

a. Pengajian Sepenuh Masa. Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau luar negara yang diikuti di dalam kampus. Anggota yang mengikuti pengajian ini akan dimasukkan ke dalam Senarai LPK (L1) atau LPK (L2).

b.Pengajian Separuh Masa. Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi yang diikuti di luar kampus atau di luar waktu kerja seperti Program Pengajian Jarak Jauh. Anggota yang mengikuti pengajian ini masih tertakluk kepada tugas-tugas di pasukan.

Soalan: Apakah kemudahan-kemudah yang disediakan di bawah Pengajian Sepenuh Masa dan Pengajian Separuh Masa?

Jawapan:

1. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Perkhidmatan kepada anggota yang dipilih untuk mengikuti Pengajian Sepenuh Masa adalah seperti berikut:

a. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa. Kemudahan yang diberi dan peringkat kursus ialah:

(1) Tanggungan yuran pengajian, yuran-yuran rasmi yang dikenakan oleh pihak institusi, elaun-elaun dan tuntutan-tuntutan mengikut kelayakan dan had semasa.

(2) Kursus yang dihadiri di peringkat pengajian lanjutan iaitu Diploma Lepasan Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Doktor Falsafah).

b. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Bantuan. Kemudahan yang diberi dan peringkat kursus ialah:

(1) Tanggungan yuran pengajian dan yuran-yuran rasmi yang dikenakan oleh pihak institusi.

(2) Kursus yang dihadiri di peringkat Diploma Asas, Diploma Lanjutan dan Ijazah Pertama.

2. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Perkhidmatan kepada anggota yang dipilih untuk mengikuti Pengajian Separuh Masa adalah seperti berikut:

a. Cuti Tanpa Rekod. Anggota diberi Cuti Tanpa Rekod dengan had maksimum 30 hari untuk menghadiri kursus intensif atau menduduki peperiksaan.

b. Bantuan. Bantuan yang diberikan ialah tanggungan penuh yuran pengajian.

c. Kursus yang dihadiri di peringkat Diploma Asas, Diploma Lanjutan dan Ijazah Pertama.

Soalan: Apakah syarat kelayakan bagi mengikuti skim ini?

Jawapan:

Syarat-syarat kelayakan untuk pegawai dan Lain-lain Pangkat adalah seperti yang berikut:

1. Pegawai. Syarat-syarat untuk pegawai mengikuti pengajian secara sepenuh masa adalah seperti yang berikut:

a. Sedang berkhidmat sebagai Pegawai Tauliah Tetap atau sekiranya Pegawai Tauliah Jangka Pendek ia hendaklah memohon Tauliah Tetap terlebih dahulu sebelum kelulusan diberi untuk mengikuti kursus.

b. Tempoh perkhidmatan yang disyaratkan ialah:

(1) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun bagi Pegawai Perubatan, Pergigian serta Pendidikan dan 5 tahun bagi pegawai-pegawai lain.

(2) Mempunyai baki tempoh perkhidmatan yang mencukupi (termasuk sehingga tarikh bersara wajib pada pangkat yang disandang) bagi memenuhi ikatan perjanjian selepas menamatkan pengajian.

(3) Disokong oleh Ketua Perkhidmatan dan Lembaga Pemilihan yang berkaitan.

2. Lain-Lain Pangkat (LLP). Syarat-syarat untuk LLP mengikuti pengajian secara sepenuh masa adalah seperti yang berikut:

a. Mempunyai sekurang-kurangnya 4 tahun perkhidmatan sebelum mengikuti pengajian.

b. Mempunyai baki tempoh perkhidmatan yang mencukupi bagi memenuhi ikatan perjanjian selepas menamatkan pengajian.

c. Mendapat kelulusan Ketua Perkhidmatan.

3. Syarat-syarat berikut dikenakan kepada anggota yang akan mengikuti Pengajian Separuh Masa:

a. Mendapat kebenaran daripada Ketua Perkhidmatan.

b. Belum mempunyai kelayakan di peringkat pengajian yang dimohon.

c. Mempunyai baki tempoh perkhidmatan yang mencukupi bagi memenuhi ikatan perjanjian selepas menamatkan pengajian.

Soalan: Bagaimanakah ikatan perjanjian yang dikenakan terhadap anggota yang mengikuti skim ini?

Jawapan:

Seseorang anggota yang ditaja mengikuti kursus secara sepenuh masa atau separuh masa dikehendaki menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dengan ATM bagi tempoh tertentu setelah menamatkan pengajian. Tempoh perkhidmatan berdasarkan pengajian adalah seperti berikut:

a. Pengajian Sepenuh Masa. Mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam PMAT Bilangan 1 Tahun 2005 serta pindaan-pindaan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

b. Pengajian Separuh Masa. Separuh daripada tempoh yang dikenakan ke atas pengajian sepenuh masa.

Sel Latih/Anggota
Sel Kewangan
Sel Pendidikan Am - Yayasan Warisan Perajurit
Sel Pendidikan Am - Tabung Dermasiswa
Sel Pendidikan Am - Asrama Putera/Puteri
Sel Pendidikan Tinggi - Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT)
Sel Pendidikan Tinggi - TAPAT
Sel Pendidikan Tinggi - Skim Pengajian Tinggi AT
Sel Bahasa/Terjemahan
Perpustakaan KEMENTAH - Perkhidmatan
Perpustakaan KEMENTAH - Pendaftaran Keahlian
Perpustakaan KEMENTAH - Perkhidmatan Pinjaman