FAQ
| Soalan: Berapakah kekerapan Ujian bahasa Inggeris ADFELPS dilaksanakan dalam tempoh setahun? |
|
Jawapan: Sel Bahasa/Terjemahan Jabatan Arah Pendidikan lazimnya melaksanakan ujian 2 kali setiap bulan iaitu pada hari Rabu dan ini bermakna ianya dilaksanakan sebanyak 24 kali setahun mengikut takwim yang telah ditetapkan. Namun demikian, ada ketikanya ia dilaksanakan diluar waktu takwim disebabkan kehendak dan kepentingan ketiga-tiga Perkhidmatan. |
| Soalan: Bagaimanakah ujian ADFELPS dilaksanakan dan bilakah keputusan ujian dikeluarkan? |
|
Jawapan: Tujuan ujian ADFELPS dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti calon-calon berkelayakan yang ingin menghadiri kursus/program/penugasan di luar ataupun didalam negara. Bagi peringkat LLP mereka terlebih dahulu akan menjalani ujian tapisan iaitu 'Screening Test' dan sekiranya lulus barulah mereka ditempatkan bersama pegawai untuk ujian sebenar. Keputusan setiap ujian akan diperolehi dalam masa lima bekerja dari tarikh ujian dibuat atau calon juga boleh melayari laman web Jabatan Arah Pendidikan iaitu http://maf.mod.gov.my/pendidikan untuk menyemak keputusan masing-masing. |
| Soalan: Berapakah tahap penguasaan bahasa Inggeris bagi pencalonan sesuatu kursus/program/penugasan untuk Pegawai dan LLP? |
|
Jawapan: Seperti yang termaktub dalam PAAT 1/2003, terdapat 4 modul penguasaan iaitu Speaking, Listening, Reading dan Writing di mana untuk kursus/program/ penugasan luar negara mestilah memperolehi sekurang-kurangnya tahap 7 ke atas untuk para pegawai dan 6 ke atas bagi anggota LLP. Bagi kursus/program/penugasan atau kursus kepakaran tred sama ada dalam atau luar negara, tahap minima bagi pegawai ialah 6 dan 5 untuk LLP. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada kehendak dan keperluan standard ataupun tahap yang telah ditetapkan oleh sesuatu kursus/program/penugasan yang bakal dihadiri oleh calon berkenaan |
| Soalan: Bilakah hebahan dan tarikh pertandingan esei peringkat ATM dan anak-anak ATM dilaksanakan pada setiap tahun dan apakah bentuk-bentuk hadiah yang ditawarkan? |
|
Jawapan: Pertandingan esei peringkat ATM dan anak-anak ATM merupakan acara tahunan di mana ianya dihebahkan mulai hujung bulan Mac hingga Jun setiap tahun dan hadiah serta pengumuman pemenang akan diadakan pada bulan September sempena Program carnival Pendidikan. Antara hadiah yang ditawarkan ialah pemenang tempat pertama akan memperolehi wang tunai berjumlah RM 1,000.00 beserta sijil penyertaan, tempat kedua RM 700.00 beserta sijil dan ketiga berjumlah RM 500.00 beserta sijil penyertaan serta 5 kali hadiah saguhati berbentuk wang tunai RM 100.00 setiap seorang. Manakala bagi kategori anak-anak ATM, hadiah yang ditawarkan bagi tempat pertama ialah pemenang akan membolot hadiah wang tunai bernilai RM 500.00 beserta sijil, tempat kedua RM 300.00 beserta sijil penyertaan dan tempat ketiga akan menerima wang tunai berjumlah RM 200.00 serta 10 kali hadiah saguhati berjumlah RM 100.00 setiap seorang. |
| Soalan: Apakah syarat-syarat pertandingan esei ATM dan bagaimana untuk mendapatkan borang penyertaan dan dimanakah borang penyertaan tersebut perlu dialamatkan? |
|
Jawapan: Syarat-syarat pertandingan mengarang esei ATM dan borang tersebut boleh diperolehi dalam Arahan Pentadbbiran Pertandingan Esei ATM dan esei (4 salinan) serta borang yang telah siap diisi beserta 1 x gambar asal peserta berukuran paspot dalam 4 salinan boleh dihantar ke alamat seperti berikut: Urus Setia Pertandingan Mengarang Esei ATM |
| Soalan: Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan lazimnya mendeklamasikan puisi-puisi yang berunsurkan patriotik. Bagaimanakah untuk mendapatkan puisi-puisi tersebut? |
|
Jawapan: a. GAPENA. |
| Soalan: Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Mengarang Esei ATM dan bilakah tarikh tutup penyertaan? |
|
Jawapan: Anda boleh melayari laman web Jabatan Arah Pendidikan iaitu http://maf.mod.gov.my/pendidikan. |
| Soalan: Seperti lain-lain egensi atau jabatan, pihak Kementerian Pertahanan juga mempunyai daftar pengistilahan ketenteraan. Sehubungan itu, dimanakah perlu dirujuk atau dihubungi untuk mendapatkan kesahihan atau kepastian mengenai daftar ejaan yang betul dan tepat bagi istilah-istilah ketenteraan? |
|
Jawapan: Untuk mengenal pasti tentang ejaan dan pengsttrukturan ayat bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia yang betul, Sel Bahasa/Terjemahan Jabatan Arah Pendidikan telah dipertanggungjawabkan untuk menyemak perkara tersebut. |