Navigation


      SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM      SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53 PADA 31 OGOS 2010      SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1431H


:: INFO RINGKAS ::



Anda berada di: FAQ

FAQ


Perpustakaan KEMENTAH - Perkhidmatan Pinjaman

Soalan: Berapa naskah buku yang boleh dipinjam dalam satu masa dan berapa lamakah tempoh pinjaman yang diberi?

Jawapan: Berdasarkan kepada jenis pinjaman:

Pinjaman Ahli Biasa
Keahlian dibuka kepada semua anggota tentera dan kakitangan awam yang berkhidmat di Kompleks KEMENTAH dan unit sekitar Lembah Klang. Kad ahli boleh digunakan oleh semua ahli keluarga terdekat seperti suami/isteri dan anak. Kelayakan pinjaman bagi pinjaman ahli biasa adalah setiap ahli dibenarkan meminjam sebanyak lapan (8) bahan perpustakaan selama tiga (3) minggu dari semua jenis kategori kecuali bahan rujukan.

Pinjaman Ahli Pengurusan Tertinggi
Sebanyak 20 naskah pinjaman selama 2 bulan iaitu 10 naskah dari koleksi Umum/Pusat Sumber Kepimpinan (PSK), 4 naskah daripada koleksi rujukan, 2 naskah koleksi fiksyen dan 4 naskah koleksi umum kanak-kanak.

Pinjaman Kursus Jangka Pendek dan Jangka Panjang
Sebanyak 10 naskah dari koleksi Pinjaman Umum/Pusat Sumber Kepimpinan (PSK) selama 4 minggu.

Pinjaman Khas
Kelayakan pinjaman bagi pinjaman khas adalah setiap ahli hanya dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskah dari koleksi rujukan dan pinjaman diberi selama 2 hari sahaja.

Pinjaman Kelompok
Pemohon boleh boleh membuat pinjaman sehingga 200 naskah selama 3 bulan setelah mendapat kelulusan bertulis daripada PS 1 Perpustakaan dan menandatangani Borang Baucer Debit (BAT E 64A).

Pinjaman Antara Perpustakaan
Perkhidmatan ini juga dikenali sebagai Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). Ia menawarkan perkhidmatan perkongsian sumber maklumat di antara perpustakaan yang berdaftar dengan Perpustakaan Negara. Kelayakan pinjaman ialah 4 naskah selama 1 bulan.

Soalan: Bagaimanakah caranya untuk saya memperbaharui pinjaman dan berapa kali saya boleh memperbaharuinya?

Jawapan: Pinjaman boleh diperbaharui sebanyak 3 kali sekiranya tidak ada tempahan (booking) dari pengguna lain. Pembaharuan boleh dibuat sama ada melalui telefon, datang sendiri ke perpustakaan atau melalui laman web Perpustakaan KEMENTAH.

Soalan: Saya telah hilangkan buku perpustakaan, saya cuba mencari tajuk yang sama di beberapa kedai buku tetapi gagal. Bagaimana caranya saya hendak menggantikan buku berkenaan?

Jawapan: Anda dikehendaki melaporkan perkara tersebut ke Perpustakaan KEMENTAH, dan anda akan dikenakan bayaran mengikut harga buku tersebut.

Soalan: Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui buku-buku yang masih dalam pinjaman saya?

Jawapan: Anda boleh mengakses laman web Perpustakaan KEMENTAH, menelefon kaunter pinjaman atau datang sendiri untuk membuat pertanyaan berkaitan dengan buku-buku yang masih dalam pinjaman anda.

Sel Latih/Anggota
Sel Kewangan
Sel Pendidikan Am - Yayasan Warisan Perajurit
Sel Pendidikan Am - Tabung Dermasiswa
Sel Pendidikan Am - Asrama Putera/Puteri
Sel Pendidikan Tinggi - Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT)
Sel Pendidikan Tinggi - TAPAT
Sel Pendidikan Tinggi - Skim Pengajian Tinggi AT
Sel Bahasa/Terjemahan
Perpustakaan KEMENTAH - Perkhidmatan
Perpustakaan KEMENTAH - Pendaftaran Keahlian
Perpustakaan KEMENTAH - Perkhidmatan Pinjaman