BERITA
| :: KURSUS ILMU PERDANA SATELLITE LICENCE BAGI SISTEM PERPUSTAKAAN DIGITAL ATM | |
Kursus Ilmu Perdana Satellite License Bagi Sistem Perpustakaan Digital (SPD) ATM Siri 4/2010 telah diadakan pada 13 hingga 15 April 2010 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan KEMENTAH. Kursus ini telah dihadiri oleh 20 peserta yang terdiri daripada Pegawai Pendidikan Formasi, Jurulatih Pendidikan dan juga Pembantu Perpustakaan yang terlibat dalam mengendalikan Perpustakaan Cawangan ATM di bawah projek Sistem Perpustakaan Digital (SPD) ATM. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan perpustakaan untuk menguruskan modul-modul Ilmu Perdana Satellite sepenuhnya secara hands-on. Dengan menghadiri kursus ini para peserta akan dapat mengoperasikan aktiviti perpustakaan di pasukan dengan menggunakan modul-modul dalam Ilmu Perdana. Penceramah untuk kursus ini adalah terdiri daripada pegawai dari pembekal sistem aplikasi iaitu Paradigm Sdn. Bhd. |
|