BERITA
| :: MESYUARAT KEBAJIKAN JABATAN ARAH PENDIDIKAN | |
Pada 26 Mac 2010, Mesyuarat Kebajikan Jabatan Arah Pendidikan ATM bagi tahun 2010 telah diadakan di Auditorium PAT. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan dan memperjelaskan perkara-perkara penting melibatkan semua pegawai dan staf Jabatan Arah. Mesyuarat tersebut turut membincangkan aktiviti-aktiviti semasa, perancangan aktiviti akan datang, kedudukan kewangan, Piagam dan Peraturan Penggunaan Wang Tabung serta pindaan kepada peraturan semasa yang tidak lagi sesuai dikekalkan.
Mesyuarat turut membincangkan tentang kepentingan pewujudan Tabung Kebajikan Jabatan Arah Pendidikan di mana tabung kebajikan ini dijadikan sumber untuk menampung keperluan atau kos kewangan kepada Jabatan Arah dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau acara sama ada untuk kepentingan perkhidmatan mahu pun kepentingan bersama semua ahli. Walaupun tidak memberi impak yang besar namun peranan dan fungsinya sedikit sebanyak telah membantu Jabatan Arah dalam aspek kewangan untuk menjalankan pelbagai aktiviti atau acara sejak kewujudannya sebagaimana yang dinyatakan. Pelaksanaan mesyuarat kebajikan seperti ini kali terakhir telah diadakan pada 7 April 2005. Rancangan pelaksanaannya kerap tertangguh disebabkan ruang dan waktu yang tidak mengizinkan dan ditambah pula dengan aktiviti atau acara-acara rasmi yang begitu padat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
|
|