BERITA
| :: PENGARAH PENDIDIKAN ATM MUNCUL JOHAN | |
Kesibukan tugas bukanlah halangan untuk mencipta kejayaan cemerlang dalam sukan. Kenyataan ini terbukti apabila Pengarah Pendidikan ATM telah muncul sebagai Johan Pertandingan Boling Wisma Perwira KEMENTAH yang telah diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point pada 17 Mac 2010.
Walaupun sering dihambat tugas yang tak kunjung putus, YBhg Brig Jen Dato’ Anuar bin Sabtu tetap muncul juara keseluruhan daripada 31 orang peserta yang mengambil bahagian. Kejayaan ini seharusnya menjadi contoh kepada semua warga kor KPA (Pendidikan) untuk sentiasa berusaha gigih mencapai kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburi.
|
|