BERITA
| :: KURSUS ILMU PERDANA SATELLITE LICENCE | |
Kursus ILMU Perdana Satellite License bagi Sistem Perpustakaan Digital (SPD) Siri 1/2010 telah diadakan pada 22 dan 23 Feb 2010 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan KEMENTAH. Kursus ini telah dihadiri oleh 30 peserta yang terdiri daripada Pegawai Pendidikan Formasi, Jurulatih Pendidikan dan juga Pembantu Perpustakaan.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan perpustakaan untuk menguruskan modul-modul ILMU Perdana Satellite sepenuhnya secara hands-on. Dengan menghadiri kursus ini mereka akan dapat mengoperasikan aktiviti perpustakaan di pasukan dengan menggunakan modul-modul dalam ILMU Perdana. Penceramah untuk kursus ini adalah terdiri daripada pegawai dari pembekal sistem aplikasi iaitu Paradigm Sdn Bhd. Kursus ini akan dihadiri oleh semua yang terlibat dalam mengendalikan Perpustakaan Cawangan Kementerian Pertahanan bagi membolehkan Sistem Perpustakaan Digital (ATM) dapat dilaksanakan dengan lancar. |
|