BERITA
| :: AUDIT PEMATUHAN MS ISO 9001:2008 JABATAN ARAH PENDIDIKAN | |
Audit Pematuhan MS ISO 9001:2008 telah dilaksanakan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti, Jabatan Arah Pendidikan ATM pada 11 Feb 2010 bertempat di Jabatan Arah Pendidikan, Tingkat 10 Wisma Pertahanan. Audit pematuhan tersebut dilaksanakan oleh pihak Moody International Certification (Malaysia) Sdn Bhd. Audit diketuai oleh Dato' A. Aziz Mat dan dibantu oleh Pn Agnes Lee. Audit dilaksanakan untuk menilai keberkesanan dan kelemahan Sistem Pengurusan Kualiti yang diguna pakai oleh Jabatan Arah pendidikan.
Sewaktu menyampaikan rumusan akhir, ketua juruaudit memaklumkan bahawa sel-sel di Jabatan Arah Pendidikan telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut piawaian yang ditetapkan. Kerjasama antara sel juga adalah amat ketara. Justeru, Jabatan Arah Pendidikan diminta mengekalkan prestasi ini dan meneruskan usaha meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberi.
|
|