BERITA
| :: PERBARISAN PENGARAH PENDIDIKAN SIRI 1/2010 | |
Perbarisan Pengarah Pendidikan ATM Siri 1/2010 telah diadakan pada 15 Jan 2010 bertempat di Dataran Ilmu, Perpustakaan KEMENTAH. Perbarisan tersebut telah dihadiri oleh Pegawai, Anggota Lain-lain Pangkat dan kakitangan Awam yang berkhidmat di Jabatan Arah Pendidikan ATM. Perbarisan tersebut telah diketuai oleh Mej Mohd Roziman bin Zainal, PS Perkhidmatan, Perpustakaan KEMENTAH.
Bersempena dengan perbarisan ini, YBhg Brig Jen Dato' Anuar bin SabtuPengarah Pendidikan ATM telah sudi menyempurnakan penyerahan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kepada setiap Ketua Sel. Dalam ucapan bersempena perbarisan ini, Pengarah Pendidikan ATM mengingatkan setiap pegawai dan staf Jabatan Arah agar terus meningkatkan usaha dalam memastikan matlamat dan sasaran organisasi yang telah ditetapkan untuk tahun 2010 dapat dicapai. Kecemerlangan tahun 2009 perlulah dijadikan iktibar dan pengalaman yang berguna dalam merangka kecemerlangan untuk tahun ini.
| |
