BERITA
| :: PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA LLP KPA (PENDIDIKAN) BAGI TAHUN 2008 | |
Pada 8 Dis 2009, Jabatan Arah telah mengadakan majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) kepada pegawai dan anggota LLP KPA (Pendidikan). Majlis tersebut telah dilangsungkan di Auditorium Panglima Angkatan Tentera, Perpustakaan KEMENTAH dan telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan ATM, YBhg Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu. Secara keseluruhannya, seramai 40 pegawai dan anggota LLP KPA (Pendidikan) telah menerima pengiktirafan tersebut. Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 5 pegawai dan 20 anggota LLP hadir menerima sijil di majlis tersebut. Penganugerahan AKC ini merupakan satu pengiktirafan kepada pegawai dan anggota LLP yang menunjukkan budaya kerja yang cemerlang. Anugerah ini juga dinilai berdasarkan hasil usaha gigih yang telah dicurahkan serta sikap positif dan semangat berpasukan yang telah ditunjukkan.
|
|