BERITA
| :: LAWATAN ULUNG TIMBALAN ASISTAN KETUA STAF PERKHIDMATAN ANGGOTA KE JABATAN ARAH PENDIDIKAN | |
Lawatan ulung TAKS Perkhidmatan Anggota, YBhg Brig Jen Dato' Hj Ahmad Anuar bin Ahmad TUDM ke Jabatan Arah Pendidikan telah dilangsungkan pada 24 Nov 2009. Lawatan dianjurkan untuk membolehkan TAKS Perkhidmatan Anggota, yang baru mengambil alih jawatan pada 23 Okt yang lalu, diberi taklimat berkaitan peranan dan tanggungjawab Jabatan Arah Pendidikan dalam mentadbir hal ehwal pendidikan warga ATM. Ketibaan TAKS Perkhidmatan Anggota telah disambut oleh pegawai dan PTT Kanan Pendidikan dan diikuti dengan sesi dialog ringkas di bilik Pengarah Pendidikan ATM. TAKS Perkhidmatan Anggota berserta rombongan kemudiannya menghadiri sesi taklimat di bilik Seri Bayu, Perpustakaan KEMENTAH. Taklimat telah disampaikan oleh PS Bahasa/Terjemahan II, Kapt Erina Tricia Gregory. Di akhir sesi tersebut, YBhg Brig Jen Dato' Hj Ahmad Anuar bin Ahmad TUDM merakamkan ucapan terima kasih di atas segala persiapan yang telah dibuat oleh semua staf Jabatan Arah Pendidikan. TAKS Perkhidmatan Anggota juga percaya maklumat yang disampaikan akan membolehkan beliau memberi bantuan dan nasihat terbaik kepada Jabatan Arah dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian pendidikan warga ATM.
|
|