BERITA
| :: SEMINAR PENGURUSAN PENGETAHUAN DI PERPUSTAKAAN KEMENTAH | |
Jabatan Arah Pendidikan telah berjaya menganjurkan seminar sehari mengenai Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management). Seminar ini telah di adakan pada 17 November 2009 bermula dari jam 0800 sehingga 1700 di Auditorium Panglima Angkatan Tentera, Perpustakaan KEMENTAH. Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang peserta terdiri daripada pegawai kanan yang mewakili pelbagai jabatan di Markas ATM. Upacara perasmian seminar telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pertahanan, Mej Jeneral Dato' Ismail bin Ibrahim TUDM. Seminar dianjurkan dalam bentuk perbentangan kertas kerja serta perbincangan berkumpulan berkaitan isu-isu yang terdapat dalam kertas kerja yang dibentangkan. Ia merupakan usaha berterusan oleh Jabatan Arah Pendidikan dalam memberi kesedaran tentang kepentingan dan faedah pengurusan pengetahuan selaras dengan hasrat membudayakan pengurusan pengetahuan di peringkat Markas ATM khasnya dan ATM amnya. Dengan bertemakan An Introduction to KM - The Critical Success Factors In Managing Knowledge in the Armed Forces, 2 orang fasilitator dari Paradigm Systems Bhd iaitu Dato' Dr. Zaiton Osman dan En Goh Keng Yew telah menyampaikan syarahan masing-masing. Secara keseluruhannya, seminar ini telah berjaya mencapai objektif yang telah digariskan dan para peserta telah mendapat pendedahan yang secukupnya mengenai kepentingan dan keperluan untuk menguruskan pelbagai jenis pengetahuan di dalam organisasi masing-masing.
|
|