BERITA
| :: MAJLIS PENUTUP KURSUS EFFECTIVE LEADERSHIP | |
Majlis Penutup Kursus Effective Leadership (Kapten/Leftenan) Setaraf Siri 6/2009 telah diadakan di Auditorium Panglima Angkatan Tentera di Perpustakaan KEMENTAH pada 13 Nov 2009. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia. Kursus 2 minggu ini telah disertai seramai 27 orang pegawai muda ATM berpangkat Kapten dan Leftenan Setaraf dari setiap perkhidmatan. Ianya bertujuan untuk membina ciri-ciri kepimpinan terpuji di kalangan pegawai muda ATM untuk diaplikasikan di organisasi masing-masing. Secara keseluruhannya, majlis penutup ini telah berjalan dengan lancar dan semua peserta telah melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang mengikuti kursus yang telah dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kepimpinan ATM. Pusat ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada peserta-peserta yang telah melibatkan diri secara aktif sepanjang menjalani kursus tersebut.
|
|