BERITA
| :: MAJLIS PERASMIAN KURSUS EFFECTIVE LEADERSHIP | |
Majlis Perasmian Kursus Effective Leadership (Kapten/Leftenan) Setaraf Siri 6/2009 telah diadakan di Dewan Auditorium Panglima Angkatan Tentera pada 3 Nov 2009. Ianya telah dirasmikan oleh YBhg Laksda Dato' Jamil bin Hj Osman, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama selaku Pengarah Program kursus tersebut. Kursus kali ini disertai seramai 27 orang pegawai muda ATM berpangkat Kapten dan Leftenan setaraf daripada setiap Perkhidmatan ATM. Ia dianjur dengan objektif untuk menerapkan ciri-ciri kepimpinan terpuji di kalangan pegawai muda ATM bagi diaplikasikan di setiap organisasi dalam ATM. Secara keseluruhannya, majlis perasmian telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan semua peserta telah melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang mengikuti kursus yang telah dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kepimpinan ATM.
|
|