BERITA
| :: SIMPOSIUM PTT KANAN KPA (PENDIDIKAN) 2009 | |
Simposium PTT Kanan KPA (Pendidikan) Tahun 2009 telah diadakan di Hotel Naza, Pulau Pinang. Ianya berlangsung dari 20 hingga 23 Okt 2009 dan telah dirasmikan oleh YBhg Kol Zulkefli bin Hj Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membincangkan dan merumuskan resolusi yang bakal dijadikan panduan bagi meningkatkan peranan Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Sebanyak 2 Kertas Kerja dan 1 Kertas Konsep telah dibentangkan semasa seminar ini iaitu Kursus-Kursus Kerjaya dan Fungsional Bagi Anggota LLP KPA (Pendidikan). Satu Tinjauan Semula (Kertas Kerja Pertama) dan Penguasaan Bahasa Asing di Kalangan LLP KPA (Pendidikan). Satu Kajian Tentang Keperluan dan Impak Kepada Jurulatih Pendidikan (Kertas Kerja Kedua) dan Cadangan Pelaksanaan Komitmen Anggota KPA (Pendidikan) Ke Arah Meningkatkan Fungsi Kawalan Teknikal Jabatan Arah Pendidikan. (Kertas Konsep)
|
|