BERITA
| :: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN ARAH PENDIDIKAN | |
Majlis sambutan Hari Raya Aidifitri Jabatan Arah Pendidikan telah dilangsungkan dengan meriah di Bukit Jalil Golf Resort pada 17 Okt 09. Pengarah Pendidikan ATM, YBhg Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu serta YBhg Datin Asmah bte Ab Ghani telah sudi memeriahkan majlis sambutan tersebut. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YBhg Mej Jen Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim, AKS Perkhidmatan Anggota, Brig Jen Dato' Mohd bin Sulong TUDM, TAKS Perkhidmatan Anggota, Pengarah CTK, bekas-bekas pegawai KPA Pendidikan, Pegawai Kanan KPA Pendidikan dan beberapa tetamu undangan yang lain. Majlis turut dimeriahkan dengan acara penyampaian cenderahati kepada warga Jabatan Arah Pendidikan yang bersara, mendapat cahayamata, mendirikan rumahtangga serta anak-anak yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akademik masing-masing. Di samping itu, Pengarah Pendidikan dan isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
|