BERITA
| :: PROSES PENCERAPAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PENGARAH PENDIDIKAN ATM DI KOLEJ TENTERA UDARA DAN MK 6 BGD, KEDAH | |
Proses pencerapan ke atas semua 8 buah Pusat Pendidikan Wilayah (PPW) untuk tahun ini telah mula dilaksanakan pada bulan April 2009. Pencerapan dibuat bagi membolehkan Jabatan Arah Pendidikan memantau perjalanan Pusat Pendidikan Wilayah (PPW).
Bagi zon utara, pencerapan ke atas PPW di Kolej Tentera Udara telah dilaksanakan pada 25 dan 26 Ogos 09 manakala bagi Mk 6 Bgd pada 27 dan 28 Ogos 2009 oleh tim pencerapan yang diketuai oleh Mej Mohd Shukri bin Mohd Ghazali dan dibantu oleh PW 1 Sahad bin Paiman dari Sel Naziran Jabatan Arah Pendidikan. Apa yang lebih istimewa, pencerapan kali ini turut disertai oleh YBhg Brig Jen Dato’ Anuar bin Sabtu, Pengarah Pendidikan ATM.
Pelbagai acara telah diatur antaranya kunjungan hormat Pengarah Pendidikan ke atas Panglima 6 Bgd dan Komandan Kolej Tentera Udara serta majlis dialog Pengarah Pendidikan bersama penuntut PPW dan staf pendidikan. Pengarah Pendidikan dan tim pencerap juga turut berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa bersama staf pendidikan di kawasan tersebut.
|