BERITA
| :: BENGKEL PEMBANGUNAN STANDARD KOPENTENSI TENTERA DARAT BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN ATM | |
Bengkel Pembangunan Standard Kompentensi Tentera Darat bagi Tugas Pegawai Pendidikan telah dilaksanakan pada 28 hingga 31 Jul 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Seramai 9 orang Pegawai Pendidikan terlibat dalam menyalurkan maklumat kepada fasilitator DACUM dalam membangunkan tugas Pegawai Pendidikan. Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Lt Kol Azri bin Mokhtar @ Ahmad, iaitu PS 1 Pendidikan Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat. Manakala Majlis penutupan bengkel pula telah disempurnakan oleh Kol Zulkefli bin Hj Abdullah, PS 1 Perpustakaan, Jabatan Arah Pendidikan. Tujuan utama konsep ini diperkenalkan adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pegawai dalam perkhidmatan. Hasil daripada perbincangan bengkel terdapat 8 jenis tugas pegawai pendidikan telah dapat dikupas dan dibuat penelitian. |
|
Bengkel Pembangunan Standard Kompentensi Tentera Darat bagi Tugas Pegawai Pendidikan telah dilaksanakan pada 28 hingga 31 Jul 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Seramai 9 orang Pegawai Pendidikan terlibat dalam menyalurkan maklumat kepada fasilitator DACUM dalam membangunkan tugas Pegawai Pendidikan. Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Lt Kol Azri bin Mokhtar @ Ahmad, iaitu PS 1 Pendidikan Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat. Manakala Majlis penutupan bengkel pula telah disempurnakan oleh Kol Zulkefli bin Hj Abdullah, PS 1 Perpustakaan, Jabatan Arah Pendidikan. Tujuan utama konsep ini diperkenalkan adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap kemahiran yang diperolehi oleh pegawai dalam perkhidmatan. Hasil daripada perbincangan bengkel terdapat 8 jenis tugas pegawai pendidikan telah dapat dikupas dan dibuat penelitian.