BERITA
| :: SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2009 | |
Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52 Tahun 2009, Jabatan Arah Pendidikan dengan kerjasama KPKKW dan GAPENA telah mengadakan pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat ATM pada 28 dan 29 Julai 2009 bertempat di Auditorium KEMENTAH. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal, Panglima Angkatan Tentera pada 29 Julai 2009. Jabatan Arah Pendidikan selaku penyelaras pertandingan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Jawatankuasa Induk Sayembara. Pada tahun ini buat kali pertama, dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Sajak dan Kategori Syair.
Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menanam semangat jati diri dan cintakan negara melalui bait-bait puisi yang disampaikan oleh setiap peserta. Pada tahun ini seramai 22 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Kategori Sajak dan 5 orang dalam Kategori Syair. Namun begitu, hanya 7 orang sahaja yang terpilih ke peringkat akhir termasuk johan menanti tahun 2008. Pemenang tempat pertama Kategori Sajak menerima hadiah berupa sijil, piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM800.00. Tempat kedua menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM600.00. Bagi tempat ketiga pula, pemenang menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM300.00. Manakala, pemenang tempat pertama Kategori Syair menerima hadiah berupa sijil, piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM500.00. Tempat kedua menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM400.00. Bagi tempat ketiga pula, pemenang menerima sijil dan wang tunai sebanyak RM300.00.
Keputusan pertandingan pada tahun 2009 adalah seperti berikut:
Kategori Sajak
johan adalah Lt Kol Mohd Radzi Bin Abd Hamid.
Naib Johan dimenangi oleh PW I TLS Azamin Bin Itam dan
ketiga dimenangi Sjn Hambali bin Hashim.
Kategori Syair pula
johan dimenangi oleh Sjn Andeta binti Daud.
Naib Johan adalah FSjn (U) Mohd Zulkifle bin Ab Rahman dan
ketiga dimenangi oleh Mej Norlin binti Salleh.
Pertandingan tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang oleh YBhg Panglima Angkatan Tentera yang turut diiringi oleh TAKS PA dan Pengarah Pendidikan ATM. Johan bagi kedua-dua kategori akan mewakili ATM ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Auditorium Tunku Abdul Rahman (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 Ogos 2009.
|