::
SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KOR PERKHIDMATAN AM KE-51
Pada 1 Julai 2009, Kor Perkhidmatan Am telah menyambut hari ulang tahunnya yang ke-51. Sempena sambutan ulang tahun ke-51 ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuklah Perbarisan HUT KPA Ke-51 pada 1 Julai 2009 bertempat di Padang Kawad KEMENTAH, Pertandingan Golf KPA pada 1 Julai 2009 bertempat di Kajang Hill Golf Club, Kajang, Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin pada 2 Julai 2009 bertempat di Masjid Kem Wardieburn dan kemuncak sambutan adalah Majlis Makan Malam Rejimental KPA pada 3 Julai 2009 bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. Semua acara mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peringkat anggota KPA. Sambutan juga diserikan dengan kehadiran Pengarah-pengarah Komponen dan warga KPA, turut hadir sama sepanjang aktiviti berlangsung adalah mantan Pengerusi Kor dan mantan Pengarah Komponen.