BERITA
| :: PERTANDINGAN BOWLING PERINGKAT JABATAN ARAH PENDIDIKAN DI AMPANG SUPERBOWL, AMPANG POINT | |
Pertandingan Bowling Peringkat Jabatan Arah Pendidikan telah diadakan pada 10 Jun 2009 (Rabu) bagi memilih wakil peserta dari Jabatan Arah Pendidikan untuk bertanding diperingkat Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) pada 8 Jul 2009.
Pertandingan yang disertai oleh 75 orang peserta ini telah dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Kategori Terbuka Lelaki (Tentera), Terbuka Wanita (Tentera), Terbuka Awam, Terbuka Ahli BAKAT dan Terbuka Anak-anak.
Para peserta telah menunjukkan mutu permainan yang baik dalam pertandingan tersebut dan kemuncak acara adalah majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu, Pengarah Pendidikan ATM. Kategori Terbuka Lelaki (Tentera) berkumpulan telah dimenangi oleh oleh Kumpulan yang diketuai oleh Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu manakala Kategori Terbuka Wanita (Tentera) berkumpulan pula telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Mej Norli bte Mohamed Noor. Bagi Kategori Terbuka Awam berkumpulan telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Puan Noorkumalasari bte Aala. Bagi Kategori BAKAT telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Datin Asmah bte Abd Ghani dan akhir sekali bagi Kategori Anak-anak telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Farah Hanim bte Dato' Anuar. Bagi Kategori Individu lelaki, piala pusingan dan hamper telah dimenagi oleh Mej Wan Norkihan bin Wan Abdullah dan individu wanita dimenangi oleh Puan Hanum. |
|