BERITA
| :: PELANCARAN PROGRAM BUKU SUMBER ILMU | |
Pada 11 Jun 2009 (Khamis) telah diadakan Program Buku Sumber Ilmu anjuran Perpustakaan KEMENTAH di Auditorium Panglima Angkatan Tentera, Perpustakaan KEMENTAH. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh seramai 55 orang warga KEMENTAH. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YBhg Leftenan Jeneral Datuk Hj Shahron bin Hj Ibrahim, Ketua Staf Markas ATM.
Program ini adalah satu program berbentuk bual bicara yang bertujuan untuk menggalakkan pembacaan melalui buku yang digemari, menggalakkan penyertaan warga KEMENTAH di dalam program membaca dan sebagai satu saluran perkongsian ilmu yang menarik khususnya di kalangan warga KEMENTAH. Program bual bicara ini adalah bertujuan untuk mempopularkan pembacaan sebagai satu gaya hidup di kalangan warga KEMENTAH, melibatkan orang ramai di dalam program membaca, menggalakkan pembacaan melalui bacaan-bacaan yang di gemari, menggalakkan budaya membaca dan menimba ilmu di kalangan warga KEMENTAH dan seterusnya sebagai satu saluran perkongsian ilmu yang menarik. Seramai 3 orang panel dan seorang moderator dari Perpustakaan Negara Malaysia iaitu Encik Dahlan bin Samad telah terlibat dalam program ini. Panel yang terlibat adalah :
|
|