BERITA
| :: SEMINAR PEGAWAI PENDIDIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TAHUN 2009 | |
Pada 21 hingga 24 Apr 09, Seminar Pegawai Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2009 telah berjaya dilaksanakan di Klana Resort, Seremban. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota manakala majlis penutup disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu, Pengarah Pendidikan ATM.
Seminar ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Arah Pendidikan dan dihadiri oleh para Pegawai Pendidikan dari Markas-Markas Formasi dan Pusat-Pusat Latihan. Selain daripada bertujuan meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan Pegawai Pendidikan ATM agar bersesuaian dengan perkembangan semasa, seminar ini juga diadakan adalah untuk membincang dan merumuskan resolusi yang bakal dijadikan panduan bagi meningkatkan peranan KPA (Pendidikan) di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tema Seminar Pegawai Pendidikan ATM yang telah dipilih bagi tahun 2009 adalah "Komited Terhadap Tugas dan Tanggungjawab, Memacu Pembangunan Modal Insan".
Sehari sebelum para peserta meninggalkan Klana Resort, acara BBQ dan karaoke telah diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim para pegawai pendidikan dan sekretariat seminar. |
|