BERITA
| :: PENCERAPAN DI MK 5 BGD | |
Tim pencerapan dari Jabatan Arah Pendidikan yang diketuai oleh Mej Wan Norkihan bin Hj Wan Abdullah dan dibantu oleh PW 1 Sahad bin Paiman telah melaksanakan pencerapan di Pusat Pendidikan Wilayah 5 Bgd Kem Lok Kawi Sabah pada 6 dan 7 Apr 2009. Tujuan pencerapan ini dilaksanakan bertujuan bagi melihat pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di MK tersebut. Ianya sebagai kayu pengukur dalam memperbaiki perlaksanaan Pusat Pendidikan Wilayah yang mana keberkesanannya bergantung kepada banyak perkara personaliti hinggalah kaedah penyampaian digunakan. Pada 7 Apr 09 Pengarah Pendidikan Ybhg Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu turut mengadakan lawatan ke PPW dan Sekolah Rendah Kem Lok Kawi bagi memantau projek menaik taraf sekolah serta mendengar masalah yang dihadapi sekolah tersebut. Sebelum itu, Yang Berbahagia Pengarah telah mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Wilayah bagi memberi kata perangsang kepada penuntut. |
|