BERITA
| :: BENGKEL KEMAHIRAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN KEMENTAH (PANGKALAN DATA JANE'S ONLINE DAN EIU) | |
Pada 9 April 2009 (Khamis), satu Bengkel Kemahiran Pengguna Perpustakaan KEMENTAH bagi warga KEMENTAH yang terdiri dari tentera darat, laut, udara dan awam telah diadakan di Bilik Komputer, PKK ATM, Perpustakaan KEMENTAH. Bengkel bermula pada jam 10.00 pagi dan dihadiri seramai 35 orang warga KEMENTAH.
Pengenalan pangkalan data yang terdapat di Perpustakaan KEMENTAH secara ringkas telah disampaikan oleh Puan Shuryananita bt Samsudin manakala taklimat Jane's Online telah disampaikan oleh Mr Benson Lek Hong Kim dari Jane's Marketing dan taklimat Economist Intelligence Unit (EIU) telah disampaikan oleh Mr Nicola Crepaldi dari EIU . Pangkalan data Jane's Online mengandungi pelbagai maklumat dalam bidang ketenteraan dan kepimpinan. Maklumat Jane's Online sentiasa dikemaskini. Ia merangkumi dataset seperti Defence Equipment Library, Defence Magazine Library, Market Intelligent Library dan Sentinel Security Assessment Library. Manakala pangkalan data Economist Inteligence Unit (EIU) menyediakan maklumat mengenai Politic, Country Profile, Economic Analysis and Forecast untuk 16 buah negara seperti Malaysia, Vietnam, Singapore, China, India, Japan, Pakistan dan lain-lain. Pelbagai soalan telah diajukan dan kebanyakan peserta memberikan respon yang menggalakkan. Pendaftaran keahlian juga telah dibuat pada hari tersebut. Bengkel tamat pada jam 12.30 tengahari dan disusuli dengan jamuan makan. |
|