BERITA
| :: MESYUARAT PENYELARASAN KEDUA SEMINAR PEGAWAI KPA (PENDIDIKAN) BAGI TAHUN 2009 | |
Mesyuarat Penyelarasan Kedua Seminar Pegawai KPA (Pendidikan) telah diadakan pada 7 April 2009 bertempat di Bilik Sindiket Panglima Tentera Udara, Pusat Kecermerlangan Kepimpinan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Lt Kol Chelvagnanam al Kandaiya dan dihadiri oleh pegawai - pegawai serta AJK yang terlibat. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan hal - hal berkenaan dengan persiapan dan masalah yang dibangkitkan pada mesyuarat yang lepas serta tindakan yang perlu diambil sebelum berlangsungnya seminar tersebut. Selain daripada itu juga pengerusi turut mengingatkan AJK agar memberikan komitmen yang penuh agar ianya berlangsung dengan lancar dan baik. |
|