BERITA
| :: LATIHAN MENEMBAK WARGA KPA (PENDIDIKAN) SEKITAR LEMBAH KELANG DAN SELANGOR DARUL EHSAN | |
Pada hari Isnin (30 Mac 2009) sehinggalah Khamis (2 Apr 2009), Jabatan Arah Pendidikan telah menganjurkan satu latihan menembak yang melibatkan semua warga KPA (Pendidikan) Sekitar Lembah Kelang dan Selangor Darul Ehsan di Lapangsasar Menembak A, Kem Sg Besi. Seramai 104 Peg/LLP dan juga 23 staf awam Jab Pendidikan telah terlibat dalam latihan tersebut.
Pada hari pertama (30 Mac 2009), telah diadakan satu latihan/kelas penyesuaian kepada semua penembak yang dikendalikan oleh Pengasuh dan Penyelia daripada 1 RAMD. Ini adalah sebagai keperluan supaya semua staf dapat memantapkan terlebih dahulu diri mereka dengan kecekapan pengendalian senjata dan faham tentang prosedur di lapangsasar sebelum melakukan latihan amali menembak. Pada sebelah petangnya pula latihan menembak pelarasan telah diadakan. Latihan pada hari kedua diteruskan dengan latihan Praktis 1 dan 2 dan pada hari ketiga dengan Praktis 3 dan 4. Pada hari keempat, latihan dimulakan dengan latihan menembak penyelarasan oleh ahli BAKAT dan seterusnya Praktis di jarak 100 meter untuk ahli BAKAT dan Staf Awam Jab Pedidikan. Kemudiannya diikuti dengan acara kemuncak Pertandingan Menembak Jatuh Piring Staf Awam/BAKAT dan juga Staf Tentera. Dalam kategori staf Tentera, sebanyak 11 tim telah mengambil bahagian sementara dalam kategori Awam/BAKAT pula sebanyak 5 tim telah mengambil bahagian. Di akhir pertandingan kategori staf Tentera, Tim Pengarah telah berentap dengan Tim Pegawai (Kapt) di mana Tim Pengarah telah berjaya memenanginya. Syabas diucapkan kepada Tim Pengarah yang diwakili oleh YBhg Pengarah, PS 1 Perpustakaan, PS 1 Pendidikan MK Medan TD, PS Perkhidmatan Perpustakaan dan Mej Mohamad Ali (MTD). Kapt Muhamad Haris Ganeson bin Abdullah (PS Pengajian Tinggi 2 Jab Pendidikan) telah dinobatkan sebagai Penembak Terbaik Keseluruhan pada kali ini.
|
|
