BERITA
| :: MAJLIS PENUTUP KURSUS EFFECTIVE LEADERSHIP (KAPT/LT) SIRI 2/2009 | |
Pusat Kecemerlangan Kepimpinan (PKK) ATM telah berjaya melaksanakan Kursus Effective Leadership (Kapt/Lt) Siri 2/2009. Kursus yang bermula pada 23 Mac 09 telah ditutup dengan rasminya oleh YBhg Lt Jen Dato’ Dr Sulaiman bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM.
Sepanjang dua minggu kursus tersebut, kesemua 26 orang peserta telah didedahkan dengan modul-modul kepimpinan berkesan, kajian kes, pengurusan diri dan pentadbiran kewangan. Peserta kursus juga telah terlibat dengan aktiviti Public Speaking dan Book Review. Di samping itu, YBhg PAT telah turut menyampaikan amanatnya melalui sesi ceramah yang diadakan pada 1 Apr 09. Dalam ucapan penutupnya, YBhg Lt Jen Dato’ Dr Sulaiman bin Abdullah telah berpesan agar ilmu serta kemahiran baru yang diperolehi melalui kursus ini diaplikasikan oleh semua peserta apabila kembali ke pasukan masing-masing. Mereka juga diharap dapat berkongsi pengetahuan tersebut dengan anggota bawah pimpinan masing-masing. |
|