BERITA
| :: MESYUARAT DASAR DAN LATIHAN KPA PENDIDIKAN SIRI 8/2009 | |
Mesyuarat Dasar Dan Latihan KPA Pendidikan Siri 8/2009 telah diadakan pada 11 Mac 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Seri Bayu Perpustakaan KEMENTAH. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan KPA Pendidikan dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Turut serta dalam mesyuarat tersebut adalah Ketua-Ketua Sel dari Jabatan Arah Pendidikan dan mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu, Pengarah Pendidikan ATM. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan perkara perkara berbangkit pada mesyuarat yang lepas dan perkara yang melibatkan Dasar KPA Pendidikan serta makluman perancangan latihan untuk pegawai dan lain-lain pangkat bagi tahun 2009. Mesyuarat tersebut juga membincangkan pembangunan modal insan bagi anggota KPA Pendidikan seiring dengan perkembangan semasa. |
|