BERITA
| :: MAJLIS PERASMIAN KURSUS EFFECTIVE LEADERSHIP (KAPT/LT) SIRI 2/2009 | |
Bagi merealisasikan hasrat pucuk pimpinan untuk memupuk cirri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan terpuji di kalangan semua peringkat pegawai dan anggota ATM, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan ATM terus memainkan peranannya melaksanakan kursus-kursus yang dirangka khas untuk mencapai matlamat tersebut. Yang terkini adalah kursus Effective Leadership (Kapt/Lt) Siri 2/2009.
Kursus kali ini mensasarkan peningkatan muru kepimpinan di kalangan pemimpin pelapis muda iaitu pegawai berpangkat Kapt dan Lt setaraf yang pada suatu hari nanti akan menjadi tonggak kepimpinan masa hadapan. Seramai 27 orang pegawai muda menyertai kursus ini.
|
|