BERITA
| :: MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN BERWAWASAN (PTT KANAN) SIRI 1/2009 | |
Majlis penutup kursus Kepimpinan Berwawasan (PTT Kanan) Siri 1/2009 telahdiadakan pada19 Feb 09. Majlis disempurnakan oleh Lt Jen Datuk Hj Shahron bin Hj Ibrahim TUDM, Ketua Staf Markas ATM. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan ATM antaranya AKS PP, AKS OLP, AKS PA, AKS LP dan AKS CSM.
Kursus kedua anjuran Pusat kecemerlangan Kepimpinan ATM ini telah dihadiri oleh seramai 27 orang PTT Kanan berpangkat PW I dan PW II daripada ketiga-tiga Perkhidmatan dalam ATM. Ia dianjurkan dengan matlamat memberi pendedahan kepada kepimpinan tertinggi anggota LLP berkaitan isu-isu kepimpinan semasa serta meningkatkan kemahiran memimpin dikalangan mereka. Tenaga penceramah yang telah dijemput termasuk pegawai-pegawai kanan tentera serta penceramah daripada agensi awam seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Integriti Malaysian (IIM) dan Bank Negara Malaysia.
|
|