BERITA
| :: BENGKEL KEMAHIRAN PERPUSTAKAAN KEMENTAH BAGI PENUNTUT MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA (MPAT) | |
Pada 12 Febuari 2009 (Khamis), satu Bengkel Kemahiran Perpustakaan KEMENTAH bagi penuntut Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah diadakan di Auditorium Panglima Angkatan Tentera, PKK ATM, Perpustakaan KEMENTAH. Bengkel bermula pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh seramai 40 orang penuntut MPAT.
Pelbagai soalan mengenai perkhidmatan perpustakaan terutamanya mengenai penggunaan pangkalan data yang dilanggan oleh Perpustakaan seperti Jane's Online, Military Netbase, Proquest, EIU, Netlibrary eBooks dan Mylib telah diajukan. Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Kol Zulkefli bin Hj Abdullah dan disusuli oleh taklimat mengenai koleksi dan perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan KEMENTAH oleh Puan Shuryananita bt Samsudin. Taklimat tamat pada jam 3.45 petang dan disusuli dengan sedikit jamuan ringan. |
|