BERITA
| :: KURSUS KEPIMPINAN BERWAWASAN (PTT KANAN) SIRI 1/2009 | |
Kursus Kepimpinan Berwawasan (PTT Kanan) Siri 1/2009 merupakan kursus pertama anjuran Pusat Kecemerlangan Kepimpinan (PKK) ATM bagi tahun 2009. Ia dihadiri oleh seramai 27 orang PW I dan PW II dari ketiga-tiga Perkhidmatan dalam ATM.
Kursus kali ini dianjurkan dengan matlamat memberi pendedahan kepada pemimpim tertinggi bagi anggota LLP berkaitan kemahiran-kemahiran kepimpinan yang dapat mereka gunakan di pasukan masing-masing. Ia juga memberi ruang kepada mereka untuk saling bertukar-tukar pengalaman dan pandangan dalam usaha menangani isu-isu kepimpinan semasa. Kursus yang bermula pada 10 Feb 2009 ini dijangka tamat pada 19 Feb 2009. YBhg Mej Jen Dato' Ismail bin Ibrahim TUDM, AKS Perancangan Pertahanan telah sudi menyempurnakan majlis perasmian kursus tersebut manakala majlis penutup dijangka disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM. |
|