BERITA
| :: PEMERIKSAAN PAKAR CAWANGAN PENDIDIKAN 881 PUTD DAN MARKAS 21 GGK | |
Pemeriksaan Pakar Pendidikan melibatkan Cawangan Pendidikan, Pasukan 881 PUTD bertempat di Kem Mahkota Kluang dan Cawangan Pendidikan, Markas 21 GGK telah dilaksanakan pada 14 hingga 16 Jan 2009. Tim Pemeriksa terdiri daripada Staf Sel Naziran, Jabatan Arah Pendidikan yang diketua oleh Mej Wan Norkihan bin Hj Wan Abdullah dan dibantu PW II Sahad bin Paiman. Pemeriksaan Pakar Pendidikan dilakukan bertujuan untuk melihat keberkesanan Jurulatih-Jurulatih Pendidikan yang ditumpangkan di pasukan-pasukan dalam melaksanakan tugas mengikut perancangan dari Jabatan Arah Pendidikan.
Semasa Pemeriksaan Pakar Pendidikan dijalankan di Markas 21 GGK, Pengarah Pendidikan ATM YBhg Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu turut membuat kunjung hormat ke atas Panglima Markas 21 GGK iaitu Mej Jen Dato' Awie bin Suboh. Selepas kunjungan tersebut, YBhg Pengarah meluangkan masa melawat ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Iskandar dimana satu sesi dialog telah diadakan.
|
|