BERITA
| :: PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN KEPIMPINAN OLEH YAB PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PERTAHANAN | |
Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi telah merasmikan Pusat Kecemerlangan Kepimpinan ATM (PKK) dan Pelancaran Buku 'Marksman In The 21st Century' bertempat di Auditorium Panglima Angkatan Tentera, Perpustakaan Kementah pada 9 Disember 2008 (Selasa).
PKK akan dijadikan penggerak untuk membudayakan amalan kepimpinan dalam organisasi ATM serta dijadikan tempat pertemuan pemimpin peringkat pengurusan tertinggi ATM dalam usaha merancang strategi-strategi dan peningkatan organisasi.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Udara, Ketua Staf Markas ATM, AKS Perkhidmatan Anggota, Pengarah Pendidikan ATM serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan. |
|