BERITA
| :: KURSUS KEPIMPINAN BERWAWASAN 1/2008 | |
Jabatan Arah Pendidikan melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan (PKK) ATM telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Berwawasan. Kursus ini merupakan kursus pertama anjuran PKK ATM dan dirasmikan serentak dengan perasmian pusat tersebut oleh YAB Perdana Menteri Merangkap Menteri Pertahanan iaitu pada 9 Dis 2008.
Kursus ini dilaksanakan selama lebih kurang 2 minggu bermula pada 9 - 19 Dis 2008. Seramai 26 peserta daripada ketiga-tiga perkhidmatan berpangkat Mej dan Lt Kol setaraf telah menghadiri kursus ini. Antara objektif kursus adalah untuk Mendedahkan peserta kepada teori dan amalan kepimpinan semasa untuk dipraktikkan dalam organisasi masing-masing mengikut kesesuaian keadaan, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan melalui kajian-kajian kes dan membentuk lapisan pemimpin yang berpandangan jauh serta mampu menjadi nukleus kepada pengurusan pembentukan peribadi dan kecemerlangan modal insan anggota ATM keseluruhannya. Kursus ini akan dilaksanakan secara syarahan, bengkel dan kajian kes. Penceramah jemputan adalah dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Integriti Negara (IIM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pegawai Kanan ATM. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal pada 18 Dis 2008. |
|