BERITA
| :: MESYUARAT PENGARAH PENDIDIKAN ATM SIRI 2/2008 | |
Mesyuarat Pengarah Pendidikan ATM Siri 2/2008 telah dilaksanakan pada 23 Dis 2008 di Dewan Auditorium Panglima Angkatan Tentera, Pusat Kecemerlangan Kepimpinan ATM yang bertempat di Perpustakaan KEMENTAH. Ianya diadakan bagi setiap formasi membentangkan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akhir tahun 2008. Seramai 36 Pegawai dan Jurulatih Pendidikan telah menghadiri mesyuarat tersebut yang bermula dari 0830H hingga 1700H. Pembentangan telah dilaksanakan dengan sempurna oleh semua yang terlibat dan SKT 2009 Jabatan Arah Pendidikan akan digunakan sebagai panduan bagi merancang SKT 2009 MK Formasi. |
|