BERITA
| :: MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN SIRI 2/2008 | |
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Siri 2/2008 telah dilaksanakan pada 19 Dis 2008 di Bilik Mesyuarat Seri Bayu, Perpustakaan KEMENTAH. Ianya diadakan bertujuan untuk melihat keberkesanan yang berterusan berkenaan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dalam memenuhi objektif-objektif yang ditentukan bagi setiap sel Jabatan Arah Pendidikan. Mesyuarat ini juga merupakan salah satu agenda penting dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2000 dimana ketidakakuran dalam pelaksanaan Prosedur Kerja (PK) dan Manual Kualiti (MK) dapat dipantau terutama dari pihak Pengurusan Atasan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh PS 1 Perpustakaan dan dihadiri oleh semua Ketua Sel Jabatan Arah Pendidikan. Mesyuarat tersebut bermula jam 0830H hingga 1700H. Pembentangan telah dilaksanakan dengan sempurna oleh semua yang terlibat dan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Arah Pendidikan diamalkan dengan baik bagi persediaan menghadapi audit pematuhan yang dijangka pada 20 Jan 2009. |
|