BERITA
| :: SEMINAR PEGAWAI KPA (PENDIDIKAN) TAHUN 2008 | |
Pada 18 hingga 21 Nov 2008, satu Seminar KPA (Pendidikan) telah diadakan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Panglima Mk 8 Bgd iaitu YBhg Brig Jen Azizan bin Md Delin. Seminar ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Arah Pendidikan dan dihadiri oleh Pegawai Pendidikan dari Pusat-pusat Latihan dan Markas-Markas Formasi. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membincangkan dan merumuskan resolusi yang bakal dijadikan panduan bagi meningkatkan peranan Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) di dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Sebanyak 3 Kertas Kerja telah dibentangkan semasa seminar ini juga bertujuan membincangkan dan merencana perkara-perkara seperti berikut: Bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara para pegawai KPA (Pendidikan) beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang seminar tersebut. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu pada 21 Nov 2008.
|
|
