BERITA
| :: LAWATAN TIMBALAN ASISTEN KETUA STAF PERKHIDMATAN ANGGOTA (TAKS PA) KE JABATAN ARAH PENDIDIKAN | |
Pada 28 Okt 2008 (Selasa), Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKS PA) iaitu Brig Jen Dato' Mohd bin Sulong TUDM telah membuat lawatan ulung ke Jabatan Arah Pendidikan. Tujuan lawatan ialah untuk mengetahui serba sedikit tentang sistem pentadbiran dan pengoperasian Jabatan Arah Pendidikan yang berada di bawah naungan Bahagian Perkhidmatan Anggota. Di dalam sesi lawatan tersebut, beliau telah diberikan pendedahan secara lisan di Pejabat Pengarah Pendidikan seterusnya diberikan taklimat di Bilik Sri Bayu, Perpustakaan KEMENTAH di samping melaksanakan lawatan ke lokasi Pusat Kecemerlangan Kepimpinan. Di kesempatan itu, Pengarah Pendidikan telah berbesar hati menyampaikan cenderahati berupa plaka dan buku kepada beliau sebagai kenang-kenangan dan seterusnya beliau menandatangani buku lawatan yang disediakan.
| |
