BERITA
| :: MESYUARAT KEDUA KAJIAN SEMULA KEPERLUAN AUSTRALIAN DEFENCE FORCE ENGLISH LANGUAGE PROFILING SYSTEMS (ADFELPS) | |
Mesyuarat Kedua Kajian Semula Keperluan Australian Defence Force English Language Profiling Systems (ADFELPS) telah diadakan pada 23 Oktober 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 20 Wisma Pertahanan. Mesyuarat ini diadakan pada jam 0930 pagi dan dipengerusikan oleh Lt Kol Chelvagnanam al Kandaiya, PS Bahasa/Terjemahan 1.
Antara agenda mesyuarat tersebut ialah perbincangan tentang keperluan ADFELPS untuk kursus-kursus MAJDP dan MAP, keputusan ADFELPS secara 'on-line', penerangan berkenaan Perintah Am Angkatan Tentera (PAAT) 1/2003, perbincangan berkenaan Pindaan PAAT 1/2003 serta keperluan bahasa-bahasa asing dalam ATM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua wakil kor dan perkhidmatan serta wakil-wakil daripada INSPEKA, MTAT dan MPAT.
|
|