BERITA
| :: PERBARISAN PENGARAH PENDIDIKAN KE-2 TAHUN 2008 | |
Perbarisan Pengarah Pendidikan untuk kali ke-2 bagi tahun 2008 telah diadakan di Dataran ilmu, Perpustakaan Kementah bermula jam 0840 sehingga jam 0930. Semasa memberi ucapan, beliau mengucapkan selamat berjaya menunaikan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Dalam perjalanan balik ke kampung, Pengarah mengingatkan supaya semua staf Jabatan Arah Pendidikan memandu secara berhemah, cermat dan bertimbang rasa.
Pengarah mengucapkan syabas kepada semua kerana berjaya menganjurkan Seminar Corels VI, Majlis Kecemerlangan Akademik ATM, Pelancaran Buku Tun Ibrahim dan Sayembara Deklamasi Puisi ATM serta ucapan tahniah kepada Mej Junizam bin Zainuddin yang dinaikkan ke pangkat Mejar. Pengarah juga mengingatkan beberapa aktiviti penting yang akan dilaksanakan sehingga akhir tahun iaitu Karnival Pembangunan Minda, Perasmian Pusat Kecemerlangan ATM dan Audit Pemantauan. Akhir sekali, Pengarah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga Jabatan Arah khususnya dan KPA secara amnya.
| |
