BERITA
| :: BENGKEL MENJAWAB SOALAN SAINS DAN MATEMATIK PMR 2008 | |
Jabatan Arah Pendidikan telah dipertanggungjawabkan sebagai pihak penganjur bagi Bengkel Menjawab Soalan Sains dan Matematik Bagi Peperiksaan PMR Tahun 2008 untuk anak-anak anggota di bawah BPA. Program ini telah dicetuskan oleh YBhg Datin Norimah bt Mat, Pengerusi BAKAT BPA di dalam Mesyuarat Tahunan Pertama BAKAT BPA pada 18 Julai 2008 yang lalu sebagai salah satu acara BAKAT BPA pada tahun 2008.
Bengkel yang telah dijalankan pada 20 Ogos yang lalu telah dihadiri seramai 26 pelajar yang merupakan anak-anak kepada pegawai dan staf di bawah BPA dan jemputan anak-anak dari BAKAT Perkhidmatan. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datin Norimah bt Mat dan turut dihadiri oleh YBhg Pengarah Pendidikan ATM, Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu, Datin Asmah dan pengerusi-pengerusi BAKAT BCJ BPA. Tenaga Pengajar yang telah dijemput khas pada bengkel tersebut ialah Lt Kol Chelvagnanam a/l Kandaiya bagi subjek Matematik manakala Cikgu Norazrina bt Abd Aziz bagi subjek Sains. |
|