BERITA
| :: PROSES PENCERAPAN DI PUSAT PENDIDIKAN WILAYAH (PPW) | |
Proses Pencerapan merupakan satu sistem penilaian kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang melibatkan penuntut di Pusat-Pusat Pendidikan Wilayah (PPW) dan Jurulatih Pendidikan yang terlibat. Pada 11 hingga 13 Ogos yang lalu, Tim Pemeriksaan dari Sel Naziran Jabatan Arah yang diketuai oleh Mej Wan Norkihan bin Wan Abdullah telah melaksanakan proses tersebut di PPW 6 Bgd, PPW KTU dan PPW 2 Bgd. Turut serta dalam pergerakan tim tersebut ialah Pengarah Pendidikan ATM, Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu. Selain membuat kunjungan hormat, pengarah turut turun padang untuk bertemu sendiri dengan penuntut-penuntut PPW. Melalui majlis tersebut beliau telah memberi kata-kata perangsang kepada penuntut supaya mereka dapat menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin agar memperolehi keputusan yang cemerlang. Kewujudan PPW itu sendiri merupakan suatu ruang untuk anggota ATM mempertingkatkan tahap akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil tersebut merupakan prasyarat untuk mengikuti program-program akademik seperti Program K-Force.
|
|