BERITA
| :: PENGARAH PENDIDIKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MENERIMA ANUGERAH DARJAH KEBESARAN | |
Sempena dengan Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Yang Ke-86 pada 19 Julai 2008 yang lepas, Brig Jen Anuar bin Sabtu, Pengarah Pendidikan ATM telah dikurniakan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) membawa kepada gelaran Dato'. Pengurniaan telah berlangsung pada 21 Ogos 2008 di Balairong Seri, Istana Besar, Seri Menanti, Kuala Pilah.
Pengurniaan ini adalah merupakan pengiktirafan dan penghormatan di atas khidmat bakti yang telah ditunjukkan oleh Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu dalam menerajui Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) serta menjadikannya satu agensi yang berwibawa dan disegani ke arah merealisasikan Wawasan dan Misi ATM sebagai nadi penjana kepada kecemerlangan akademik warga ATM untuk ke arah lebih gemilang dan terbilang. Ianya juga berkat serta kepercayaan yang tinggi diberikan oleh pucuk pimpinan ATM amnya dan Tentera Darat khususnya.
Seluruh warga Jabatan Arah Pendidikan dan warga KPA (Pendidikan) mengucapkan tahniah kepada Brig Jen Dato' Anuar bin Sabtu semoga pengurniaan darjah kebesaran ini akan memberikan semangat dan dorongan untuk lebih gigih dalam memperjuangkan dan mempertingkatkan imej ATM amnya dan KPA (Pendidikan) khasnya dalam aspek pendidikan.
|
|
